23 January 2009

Kahwin lambat

Bagi perempuan yang berkerjaya, mesti lambat kahwin...di sebabkan apa? terlalu memilih atau dah tak da lelaki yg setaraf atau yang lebih baik punya ... Perempuan yang jadi bos, takkan nk kahwin dgn security guard kan? security guard pun takut nak mendekati perempuan mcm tu. Tetapi cinta tak mengenal siapa, kalau mana2 lelaki yang dah berkenan kat mana2 pompuan tu masukla meminang, kalo lambat nanti di kebas org, pd sy, serendah mana pun taraf seorang lelaki tu pd seorang perempuan , kalo dia sorg yg rajin berusaha apa salahnya ... tp, dlm islam itu sendiri ada menyatakan... carilah yang sekufu ...

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w., digalakkan di dalam Islam serta dituntut Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Dalil perkahwinan itu dituntut oleh syarak :
Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

1 comment:

  1. ermm.. saya 26thn & slalu kena kutuk sbb lmbt kawen.. ermm..pening.. nasihat??

    ReplyDelete