Bagi perempuan yang berkerjaya, mesti lambat kahwin...di sebabkan apa? terlalu memilih atau dah tak da lelaki yg setaraf atau yang lebih baik punya ... Perempuan yang jadi bos, takkan nk kahwin dgn security guard kan? security guard pun takut nak mendekati perempuan mcm tu. Tetapi cinta tak mengenal siapa, kalau mana2 lelaki yang dah berkenan kat mana2 pompuan tu masukla meminang, kalo lambat nanti di kebas org, pd sy, serendah mana pun taraf seorang lelaki tu pd seorang perempuan , kalo dia sorg yg rajin berusaha apa salahnya ... tp, dlm islam itu sendiri ada menyatakan... carilah yang sekufu ...
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w., digalakkan di dalam Islam serta dituntut Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )
Dalil perkahwinan itu dituntut oleh syarak :
Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )
Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )
23 January 2009
Kahwin di usia muda
Berkahwin di usia muda? Ramai yang beranggapan berkahwin di usia muda merupakan satu kesilapan, tetapi tidakkah anda terfikir semuanya telah menjadi ketetapan Allah swt, bila, di mana dan dgn siapa kita tahu? Nak dijadikan cerita , seorang gadis telah pun berkahwin di usia awal 20-an, dlm 20, 21 mcm la kot. Di awal perkhawinan memangla best, tp panas tak sampai ke petang, suami yang amat dicintai mula curang dalam perkahwinan. Biasala lelaki muda .... tup tup bercerai, jd janda di usi 23 tahun? (kalo nk cari lelaki, carilah yang tua 4 tahun kehadapan, kerana mengikut fakta perempuan lebih matang 4 tahun dari usianya yang sebenar) Memang kesian, tp adakah ianya kesan daripada tindakan terburu-buru sebelum memutuskan utk berkahwin suatu ketika dulu .. apa2 lah... tp yang menjadi persoalan...benarkah perkahwinan yang tidak direstui tidak akan bahagia..???
22 January 2009
Temuduga SPP DH41
Hari ni, aku baru lepas g interview spp...nervous sangat. dlm surat interview tu cuma bgtau bawak sijil dinyatakan..so aku tak bawak la sijil...hampeh! aku dpt 0 markah utk bhgn kokurikulum pasal takda sijil...nyesal nya aku..pastu time interview aku kelam kabut tak leh nk jawab Teori Pendidikan di Malaysia... mmm doa jelah mtk2 lepas...
14 January 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)